Rakan Blogger

Wednesday, December 16, 2009

Pembuka Bicara

Hai. Salam perkenalan dari Awan. Awan seorang lelaki berumur pertengahan 20-an dan tinggal di ibu kota bersama kekasih hati yang hampir seusia dengan Awan. Bekerja di salah sebuah syarikat multinasional juga di ibu kota. Selebihnya biarlah Awan rahsiakan dulu buat masa ni.

Idea untuk Awan blogging datang secara tiba-tiba. Banyak perkara yang Awan nak kongsi dengan rakan-rakan blogger semua. Tapi blog Awan ni akan bercerita mengenai dunia lelaki and PLU secara amnya. Awan nak kongsi pendapat, pandangan, idea, ilmu atau apa-apa saja berkaitan lelaki dan PLU. Dari pemerhatian Awan, tak banyak blog di Malaysia yang berbahasa Melayu membincangkan isu-isu berkaitan. So, Awan rasa inilah peluang Awan untuk memberi ruang pada PLU kat Malaysia ni. Blog ni boleh la dijadikan sebagai ruang untuk kita bertukar-tukar pendapat dan berkenalan antara satu sama lain. Bagi Awan, walaupun kita PLU tapi kita juga perlukan ruang untuk berbicara seperti manusia lain.

Kalau ada yang nak kongsi pendapat ataupun pandangan dengan Awan dan pembaca yang lain, boleh la e-mail Awan kat awansutera@gmail.com bila-bila masa je. Kalau ada yang nak berkongsi cerita pun dialu-alukan. Awan akan cuba untuk respon pada sebarang e-mail dan komen daripada pembaca semua. Kalau ada maklumat yang perlu dirahsiakan, ia akan kekal rahsia antara pengirim dengan Awan. Itu janji Awan.

Awan harap kehadiran blog ni dapat diterima dengan baik dan blog ni dapat membawa perubahan secara langsung atau tak langsung kepada pembaca semua.

_AWAN_

5 comments:

  1. hye hye.. selamat menceburkan diri ke arena blog ek..

    and.. tahniah jadi orang yg ke 167 dok follow nak jadi inesen mcm shin gak... semoga berjaya ek!

    ReplyDelete
  2. and thank you for being my 107th follower as well. welcome to the blogging world brother.

    ReplyDelete
  3. Thanx shin.. Thanx Pena.. Awan harap we can share a lot of things..

    ReplyDelete
  4. selamat berblogging..semoga dapat terus mencetuskan inspirasi kepada semua kaum2 PLU....

    ReplyDelete
  5. Thanx miss zimbabwe.. make sure terus bagi sokongan tau.. :)

    ReplyDelete